:
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan bersama menubuhkan sebuah pertubuhan baru khas untuk Pengusaha Tadika Swasta di Negeri Sembilan.

Tahniah kepada jawatankuasa sementara penubuhan yang diketuai Puan Misliza Bt Mohni, yang berjaya mengumpulkan sebahagian pengusaha-pengusaha tadika di Negeri Sembilan untuk tujuan murni ini. Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik pada 29 Jun 2019, bertempat di Palm Mall Hotel Seremban, Negeri Sembilan. Diharapkan anda semua dapat memberi kerjasama padu dan menjalankan tugas serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Setinggi perhargaan kepada Tuan Haji Shamsul Kamal Bin Rahman, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan N. Sembilan atas sokongan yang diberikan sehingga tertubuhnya TuntasN9.

Besar harapan saya agar pertubuhan ini dapat mencapai objektif dan memberi manfaat kepada semua ahlinya dan menjadi medium penyatuan ukhwah dikalangan kita semua.

Sekian, terima kasih.

ABDUL RAHMAN BIN ABD JALIL

Pengerusi Penaja, Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TuntasN9)

Sesi 2019-2020