:
LOGO


Pengenalan

Sebagai sebuah pertubuhan yang memberi fokus kepada kanak-kanak, generasi baru abad ke 21, keseluruhan logo dipersembahkan dalam bentuk modern, ringkas dan relevan.

Tuntas ialah perkataan singkatan kepada nama penuh pertubuhan yang juga bermaksud (bersifat) menyeluruh, komprehensif dan leng­­­kap – Kamus Dewan
‘N9’ ditambah dihujung nama sebagai perkataan singkatan kepada Negeri Sembilan

Elemen Rekacipta

Gaya logo dicetuskan oleh coretan lukisan berus oleh si kecil yang melambangkan kreativiti dan pemikiran kritis.

Seakan-akan berbentuk bintang, (lima garisan) ia melambangkan 5 prinsip rukun negara.

Gabungan lima garisan juga melambangkan kesepaduan 5 kesatuan, fokus dan matlamat persatuan yang menyeluruh.

5 Kesatuan yg dimaksudkan, persatuan, badan berkanun, kanak2, tadika (guru) dan komuniti.

Warna

Warna yang pelbagai melambangkan kepelbagaian (diversity) budaya dan generasi baru Malaysia yang berbilang kaum.